racun ulat

By wahyudihamdani062ip1

Februari 21, 2010

Category: racun ulat

Leave a Comment »

Labels:
Penyediaan racun serangga dan racun kulat amat penting di dalam bidang pertanian, terutama tanaman cili secara fertigasi. Sehingga ada yang mengatakan, jika anda tidak menyediakan racun serangga dan racun kulat, anda sebenarnya merancang untuk gagal. Penggunaan racun adalah perlu dari peringkat awal hinggalah ke peringkat tuaian kerana tujuan asalnya untuk PENCEGAHAN. Seperti kata pepatah, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT (PREVENTION BETTER THAN CURE). Ini kerana kos untuk mencegah lebih rendah daripada kos untuk merawat sesuatu penyakit.

Pemilihan racun terbahagi kepada dua kategori iaitu racun kimia atau racun organik. Ia bergantung kepada matlamat pengusaha tanaman. Jika hendak di usahakan secara organik sepenuhnya dimana penggunaan racun kimia adalah dilarang sama sekali.

Kos pembelian racun agak tinggi buat permulaan kerana ianya dijual di dalam kuantiti yg sederhana (seperti 1 Liter dalam bentuk cecair/ 500 g dalam bentuk serbuk) atau besar (4 Liter cecair / 1 Kg serbuk) tetapi kos per unit semakin jimat jika membeli dalam pek yg besar. Penggunaan racun yang sebenar adalah sedikit. Ini disebabkan pengusaha perlu mempelbagaikan jenis racun untuk tempoh semusim tanaman. Pengusaha perlu tahu jenis bahan perawis aktif yang perlu diperbanyakkan bukannya jenama (atau ‘Brand’) supaya serangga perosak tidak ‘imun’ terhadap racun tersebut. Yang penting, baca label yang tertulis pada setiap jenis racun yang dibeli.

Pembelian racun boleh dilakukan berperingkat kerana penggunaan adalah bergantung kepada peringkat tumbesaran tanaman tersebut. Contohnya, racun kulat pada peringkat penyemaian biji benih untuk mencegah penyakit lecur anah pokok, kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit dari serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan serangga perosak di peringkat berbuah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: