racun serangga

By wahyudihamdani062ip1

Februari 21, 2010

Category: Uncategorized

Leave a Comment »

Racun makhluk perosak pertanian

Posted by: admin In: Artikel

Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku ‘Silent Spring’ oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.

Menurut penyelidikan terhadap gangguan kesihatan akibat daripada penggunaan bahan kimia berasaskan petroleum dalam produk pengguna dan persekitaran kerja boleh diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan di bawah. Bahan kimia berasaskan petroleum didapati menyebabkan kesan terhadap sistem imun dan saraf selepas pendedahan dalam jangka panjang.

Penyakit yang dikenal pasti dalam penyelidikan perubatan termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, pelbagai gangguan neurologi, kelemahan sistem imun, gangguan autoimun, asma, alergi, ketidaksuburan, keguguran, dan gangguan tingkah laku kanak-kanak termasuk kesukaran dalam pembelajaran, mental yang terencat, hiperaktiviti dan gangguan kurang perhatian (ADD). Bahan kimia berasaskan petroleum dipercayai menyebabkan masalah ini melalui pelbagai jalan termasuklah mencacatkan DNA (gen) yang sempurna, melemahkan pembaikan DNA, mempercepatakan kehilangan gen, kemerosotan sistem pertahanan penyahtoksikan tubuh (hati dan buah pinggang) serta melemahkan pertahanan utama otak – (the Blood Brain Barrier) (http://www.chem-tok.com)

Hampir lima dekad, orang ramai dan petani telah diberitahu bahawa racun makhluk perosak penting untuk pertanian moden dan untuk memberi makan kepada penduduk dunia, pada hal perkara ini adalah tidak benar. Racun makhluk perosak melemahkan ekosistem yang telah mengekalkan pertanian manusia sejak beribu tahun lalu, memusnahkan mikrob tanah dan menghapuskan pemangsa dan serangga yang memberikan manfaat. Tambahan, serangga akan terus mutasi untuk menjadi tahan kepada racun makhluk perosak. Di sebalik peningkatan 10 kali ganda dalam penggunaan racun serangga dalam beberapa tahun lalu, kajian menunjukkan pertumbuhan 30% dalam beberapa jenis makhluk perosak. Penghasilan bagi setiap hektar dalam pengeluaran pertanian pada umumnya semakin merosot dalam banyak sistem pertanian akibat kemerosotan kandungan bahan organik dalam tanah. Adalah sesuatu yang terlambat jika kita pada masa ini tidak merancang dasar yang sempurna untuk mengembalikan semula tanah kita dengan bahan organik.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: